Olimpik 2020

Punca mengapa atlet tidak digalakkan gigit pingat Olimpik 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 diperbuat daripada bahan kitar semula.

APABILA bercakap tentang inovasi dan teknologi, negara Jepun pasti akan muncul sebagai antara negara yang mendahului senarai hebat ini dan sekali lagi mereka membuktikan tahap inovasi mereka menerusi Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Kitar semula adalah satu konsep yang sudah lama dipraktikkan di Jepun. Bermula dari sekolah rendah lagi kanak-kanak mereka diajar untuk mengasingkan sisa sampah mengikut kategori yang ditetapkan.

Amalan ini akhirnya menjadi budaya dalam hidup mereka dan Sukan Olimpik menjadi medan buat Jepun untuk memperlihatkan keunikan budaya mereka kepada dunia.

Pingat temasya Olimpik kali ini dihasilkan menerusi hasil kitar semula telefon bimbit dan komputer riba yang didermakan oleh penduduk di seluruh Jepun dan dinamakan ‘The Tokyo 2020 Medal Project’.

Projek ini mengambil masa dua tahun melibatkan usaha bersama seluruh negara untuk mengutip seberapa banyak gajet yang boleh untuk menghasilkan lebih 5,000 pingat emas, perak dan gangsa yang akan diberikan kepada pemenang di Sukan Olimpik.

Kempen kitar semula ini berjaya menghasilkan sejumlah 32kg emas, 3,492.7kg perak dan 2,199.9kg gangsa dari lebih 80 tan telefon bimbit dan komputer riba terpakai.

Atas sebab itulah, penganjur temasya menasihatkan semua atlet yang memenangi pingat supaya tidak menggigit pingat yang dimenangi ketika sesi bergambar di podium.

Namun siapa yang mampu menghalang rasa keterujaan para atlet yang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing dan ‘posing’ dengan menggigit pingat adalah salah satu sudut kesukaan para jurufoto.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: