
JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima hadiah sebuah rumah kediaman yang bernilai RM300,000 serta wang tunai berupa RM50,000 diatas kejayaan memenangi pingat perak pada Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Penyerahan Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo oleh kerajaan Terengganu itu disampaikan Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh pihak yang terlibat khususnya Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Bin Mokhtar dan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Terengganu YB Wan Sukairi Bin Wan Abdullah serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.
“Seperti yang dikatakan Dr Ahmad Shamsuri, kekuatan tidak hanya datang dari kemampuan fizikal semata-mata, tetapi ianya juga datang dari semangat yang tidak pernah mengalah’.
“Saya harap semangat ini dapat dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
Ke Guane Boh
,” tulisnya pada laman rasmi FB milinya.


Pada perlumbaan di Tokyo baru-baru ini, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara menerusi acara keirin di Velodrom Izu.
Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.
Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.
Add Comment