Olimpik 2020

Parchment hargai ‘wang’ sukarelawan punca dia raih emas


PEMENANG pingat emas 110 meter lari berpagar Sukan Olimpik 2020, Hansle Parchment akhirnya bertemu dengan seorang sukarelawan yang membantunya ketika di Tokyo.

Atlet Jamaica berdepan dengan dugaan selepas tersilap menaiki bas ke venue pertandingan sebelum aksinya bermula.

Namun nasibnya baik apa salah seorang sukarelawan memberi wang untuk membayar teksi ke tempat pertandingan yang menyaksikan dia merangkul pingat emas.

“Anda sangat instrumental membawa saya ke hari akhir (perlumbaan),” ujarnya dalam satu klip video yang dimuatnaik di laman sosialnya.

 

Dia berterima kasih kepada sukarelawan yang dikenali Tiana itu dan menunjukkan pingat emas yang dimenangi, memberi baju-T Olimpik Jamaica serta membayar balik wang tambang teksi yang diterimanya daripada gadis itu.

Menteri pelancongan Jamaica turut menghargai kebaikan yang dilakukan Tiana itu.

“Tidak kira di mana dia berada di dunia ini, kami ingin memberi balik apa yang telah dia beri selepas menunjukkan kebaikan,” jelas Menteri Pelancongan Jamaica, Edmund Bartlett.

Malah gadis bertuah itu diberi hadiah pelancongan percuma ke Kepulauan Caribbean sebagai penghargaan dari negara Jamaica.

Parchment memberitahu, pada hari perlumbaan akhir lariannya, dia telah tersilap menaiki bas yang dipercayai menuju ke pusat akuatik .

Lebih malang lagi ketika itu, semua kenderaan rasmi Tokyo 2020 sedang digunakan. Sekiranya dia kembali ke Perkampungan Atlet dan menunggu bas lain untuk ke venue olahraga, pastinya Parchment akan terlepas aksi penting itu.

Patchment bergambar bersama sukarelawan yang membantunya.Foto: Instagram Patchemnt_hansle

“Saya melihat sukaralewan ini dan terpaksa merayu kepadanya kerana dia (sukarelawan) tidak dapat membantu banyak perkara yang di luar tugas mereka.

“Dan dia telah memberi sejumlah wang untuk mengambil teksi. Jadi saya tiba di venue dan masih ada masa untuk membuat persiapan sebelum berlari.”

Parchment merangkul pingat gangsa pada Olimpik 2012, namun tidak beraksi di Rio 2016 kerana kecederaan.

Sepanjang di Tokyo, Parchment berada di tempat ketiga ketika sesi saringan. Bagaiamanapun dia berjaya merakam masa terbaik 13.04 saat untuk merangkul emas di Tokyo 2020.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading