Olimpik 2020

Enggan terima hakikat di tempat kedua, China ‘panjang akal’ isytihar juara Olimpik 2020


Kontinjen China di Tokyo 2020.

Oleh: JJFIRDAUS

SELEPAS seminggu temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai, nampaknya ada negara yang tidak gembira selepas tidak berjaya menjadi juara keseluruhan pertandingan terbesar dunia ini.

Republik Rakyat China yang tewas satu pingat emas di tangan Amerika Syarikat yang muncul juara keseluruhan telah menambah pingat emas yang dimenangi Taiwan dan Hong Kong ke dalam jumlah pingat emas mereka sekaligus mengisytiharkan sendiri kemenangan di Olimpik.

China yang berjaya membawa pulang 38 pingat emas, 32 perak dan 18 pingat gangsa manakala Amerika Syarikat berjaya meraih 39 pingat emas, 41 pingat perak, dan 33 gangsa.

Amerika Syarikat menamatkan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di tempat pertama.

Menerusi imej di laman sosial Weibo dan saluran televisyen China Central Television (CCTV) yang tular telah menunjukkan China menambah dua pingat emas yang dimenangi Taiwan dan satu pingat emas yang diraih Hong Kong untuk menjadikan jumlah keseluruhan 41 pingat emas, 37 perak dan 27 gangsa.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengiktiraf Hong Kong dan Taiwan – yang dikenali sebagai Chinese Taipei dalam Sukan Olimpik dan sentiasa bertanding secara sendiri dan bukannya di bawah China sebagai Jawatankuasa Olimpik Negara (NOC).

China dilihat kecewa apabila dipintas pada hari terakhir temasya selepas mendahului dari awal apabila Amerika Syarikat berjaya memperolehi banyak pingat emas menjelang upacara penutupan rasmi temasya kali ini.

China mengubah sendiri kedudukan pingat untuk bergelar juara Tokyo 2020.

Tiga pingat emas menerusi acara bola keranjang wanita, bola tampar wanita dan berbasikal trek berjaya membantu Amerika Syarikat untuk muncul juara keseluruhan dan ianya dianggap sebagai antara pencapaian yang terbaik yang boleh dipahat dalam sejarah sukan Amerika.

Buat China, terimalah hakikat bahawa anda tidak berjaya muncul juara keseluruhan dan tidak perlu mengubah sejarah.

Anda tetap juara apabila banyak melahirkan atlet muda yang hebat seperti dalam sukan terjun dan ayuh bersemangat untuk Sukan Olimpik Paris pada 2024.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: