Olimpik 2020

Dhabitah tetap juara di hati rakyat Malaysia; Reezal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terus memburu kejayaan pada kejohanan akan datang dan tidak berputus asa.

Tegasnya, Dhabitah telah mempamerkan aksi yang penuh bertenaga serta konsisten ketika beraksi di final 3m Terjun Papan Anjal Individu Wanita sebentar tadi.

“Terima kasih buat Dhabitah yang menamatkan saingan dengan berada di ranking ke-4 dengan catatan 326.15 mata. Ini merupakan kedudukan yang lebih baik berbanding di peringkat semi final.

“Semestinya ini merupakan pencapaian yang patut dibanggakan apabila dapat beraksi antara 12 penerjun terbaik dunia di pentas final Olimpik. The best 4!

“She might not have won the bronze but, my word, she has won our hearts!

“Buat Bitah, jangan putus asa. Teruskan usaha. Saya yakin Bitah boleh beat mereka di kejohanan akan datang,” uajrnya.

Pada aksi final acara 3 meter papan anjal wanita  di Pusat Akuatik Tokyo, hasrat Dhabitah menyumbang pingat kedua buat negara pada temasya Sukan Olimpik 2020 tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Berjaya melakukan terjunan yang konsisten, atlet berusia 22 tahun itu terpaksa akur selepas mencatat 326.15 mata selepas lima pusingan.

Pingat emas dimenangi juara bertahan dari China, Shi Tingmao yang menghimpun 383.50 mata, manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan 348.75 mata.

Penerjun dari Amerika Syarikat (AS), Krysta Palmer pula meraih gangsa dengan mengumpul 343.75 mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: