Olimpik 2020

Menangis bukan kerana gagal ; Dhabitah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dhabitah mempamerkan terjunan yang konsisten mengumpul 326.15 mata untuk berada pada kedudukan ke empat daripada 12 atlet bertanding.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENANGIS bukan kerana gagal membawa pulang pingat namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berkorban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik berbaloi.

Itulah kata-kata penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sebaik sahaja menamatkan kedudukan ditangga keempat dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu hari ini .

Jelasnya,  dia menangis bukan tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik.

“Malah, sebelum ke Olimpik Tokyo juga tidak pasti dengan diri namun dapat tempat keempat sememangnya bangga dengan diri.

“Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau lepak keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja,” katanya.

Mengulas persembahannya, penerjun berusia 22 tahun ini tidak memikirkan sama ada mahu memenangi pingat kerana hanya mahu mempamerkan aksi terbaik dan mengharapkan peminat sukan tanah air ‘terhibur’ dengan aksinya.

“Saya tidak memikirkan sama ada berada di tempat ketiga terbaik atau keenam kerana ketika itu hanya difikirkan mahu ‘enjoy’ terjunan dan buat yang terbaik,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: