Olimpik 2020

Kejayaan hadir tepat pada waktunya ; Norza

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohamad Norza Zakaria

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul gangsa, pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo tepat pada waktunya tatkala negara sedang menghadapi tempoh mencabar bertarung dengan pandemik Covid-19.

Jelasnya, pencapaian cemerlang dilakar pasangan muda negara dalam perlawanan penentuan pingat gangsa sudah semestinya, disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia ketika ini.

“Kita selalu tanya bila Aaron-Wooi Yik nak menampilkan aksi terbaik (dalam Sukan Olimpik) dan mereka terbukti berjaya melakukannya ketika kita semua mengharapkan kemenangan.

“Saya nak ucap tahniah kepada mereka kerana pada usia muda, mereka mampu bawa kegembiraan kepada kita semua dan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya peminat badminton yang mendoakan kejayaan kita,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini.

Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza semalam, Aaron-Wooi Yik bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk merangkul gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: