Bola Sepak Terkini

FAM lalui proses audit yang ketat

Hamidin menjelaskan kekhilafan tidak membentang bajet dalam Kongres sebelum ini sudah diperbetulkan dengan bajet bagi tahun 2026 kembali dibentangkan selaras dengan kehendak perlembagaan dan amalan tadbir urus organisasi.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa badan induk itu sentiasa melalui proses audit yang ketat dan tersusun membabitkan aspek kewangan.

Presiden Kehormatnya, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menegaskan  kemungkinan terdapat kekeliruan membabitkan akaun dan bajet FAM yang sebelum ini dijadikan isu oleh sesetengah pihak selepas pembentangan laporan audit kualiti dilakukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Kongres Luar Biasa badan induk bola sepek negara itu, Khamis lalu.

Tegasnya, akaun dan bajet adalah perkara berbeza dan yang dianggap terdapat kekhilafan dilakukan FAM sebelum ini adalah tidak membentangkan bajet pada tahun 2023 hingga 2025.

“Akaun atau kewangan pula perkara yang penting buat mana-mana persatuan dan FAM tidak pernah terlepas melakukan audit terhadap akaun badan induk itu.

“Bajet dan kewangan ini berbeza, kewangan sangat penting. Kalau kewangan ini tanpa kita audit dan tidak dibentangkan, sudah tentu PJS (Pesuruhjaya Sukan) akan gantung kita.

“Kita pun mendapat lima bintang berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2022, anda boleh rujuk dengan PJS. Tanpa aktiviti akaun ini semua benda ini takkan jalan dan kita antara persatuan terbaik dalam kalangan persatuan sukan di Malaysia.

“Perlu diingatkan juga bahawa akaun kita ada tiga auditor yang melihatnya daripada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan juga daripada internal yang kita lantik.

“Mereka bukan boleh sedang, sangat ketat mengenai semua prosedur. Apa saya boleh katakan, kita antara (persatuan) yang mengikut piawaian dibenarkan oleh audit,” ujarnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment