
MAKLUMAN penjelasan lengkap berhubung kekeliruan mengenai pembentangan penyata kewangan dan bajet Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun 2026 telah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
FAM menerusi kenyataan media memaklumkan bahawa satu surat rasmi bertarikh 8 Jun 2026 telah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi memberikan penjelasan lengkap berhubung kekeliruan mengenai pembentangan penyata kewangan dan bajet FAM yang telah dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun 2026.
Penjelasan tersebut dibuat susulan beberapa kenyataan dan dakwaan yang telah menimbulkan persepsi seolah-olah FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit serta bajet tahunan kepada ahli-ahli gabungan mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkenaan dalam apa jua perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.







Add Comment