
KEJOHANAN Badminton Orang Pekak Malaysia Ke-17 melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan semalam selepas berlangsung dari 6 hingga 7 Jun 2026 di Kuantan, Pahang, melibatkan penyertaan seramai 37 atlet pekak.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Pahang, Mahadir Abdul Raffar. Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang, Ahmad Ameer Abdullah.
Kejohanan edisi ke-17 ini menyaksikan penglibatan pemain pemain dari negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Perak, dan mejadi pentas buat pemain pemain untuk bersaing dan membuktikan kemampuan masing masing sekali gus turut mengukuhkan program pembangunan sukan badminton orang pekak di peringkat kebangsaan.
Sepanjang dua hari pertandingan, para atlet telah mempamerkan tahap permainan yang kompetitif, disiplin tinggi serta semangat kesukanan yang profesional, mencerminkan peningkatan kualiti dan potensi besar dalam kalangan atlet pekak negara.
Pengarah Teknikal Badminton Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Choo Mei Lin, kejohanan ini juga menjadi medan untuk mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sebagai persiapan menghadapi Sukan Orang Pekak Asia Pasifik 2026 yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober akan datang.
“Melalui kejohanan ini, ia menjadi platform untuk pemain bersaing secara kompetitif kami (MSDeaf) menilai dan memantau pemain pemain yang dilihat mempunyai potensi da kualiti yag diperlukan untuk diserap dan di gilap di dalam skuad kebangsaan.
Beliau turut menambah bahawa kejohanan di Kuantan ini terus berfungsi sebagai saluran utama pemilihan atlet, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah pendidikan khas dan ahli gabungan negeri.
“Harapan kami agar kejohanan ini dapat menjadi asas dalam mencungkil pemain muda berpotensi tinggi, bukan sahaja dari segi kemahiran, malah dari aspek disiplin, kerjasama berpasukan serta komitmen untuk bersaing di peringkat elit.
Pada masa sama, kami amat mengharapkan kerjasama berterusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk terus komited dalam menyokong dan memperkasa pembangunan sukan orang pekak agar mampu melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.”, katanya lagi
Matlamat penganjuran kejohanan ini antara lain memberikan impak positif dalam memperkasa sukan orang pekak sebagai sukan inklusif, meningkatkan keyakinan diri atlet serta mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti pekak di Malaysia.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk atlet, jurulatih, pegawai teknikal dan rakan strategik yang telah menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan penganjuran kejohanan ini.






Add Comment