Antarabangsa Bola Sepak Piala Dunia 2026 Terkini

Piala Dunia 2026 : Berita gembira buat Sepanyol

Yamal yang baru berusia 18 tahun dijangka menjadi antara pemain yang mencuri tumpuan pada kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selepas mempamerkan prestasi cemerlang bersama kelab dan skuad kebangsaan.

SKUAD Sepamyol mendapat perkhabaran gembira apabila bintang muda, Lamine Yamal, yang dijangka cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 menentang Cape Verde pada 16 Jun ini.

Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, berkata Yamal dan rakan sepasukannya, Nico Williams, berada di landasan tepat untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan hamstring yang memaksa mereka terlepas aksi pada penghujung musim bersama kelab masing-masing.

Kepulangan dua pemain sayap itu dijangka memberi suntikan besar kepada juara Eropah berkenaan yang dilihat antara calon utama untuk menjulang trofi Piala Dunia tahun ini.

Selain Yamal dan Williams, pemain sayap Osasuna, Victor Munoz, turut dijangka cergas untuk diturunkan dalam aksi pembukaan di Atlanta.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemain berkenaan tidak menyertai skuad yang berlepas ke Mexico bagi aksi persahabatan menentang Peru esok, sebaliknya kekal di kem latihan pasukan di Amerika Syarikat untuk meneruskan program pemulihan.

“Kami kecewa mereka tidak bersama pasukan ketika ini, namun pegawai perubatan dan kecergasan menasihatkan mereka supaya terus berada di kem latihan.

“Ketiga-tiga pemain sepatutnya bersedia untuk perlawanan seterusnya. Mereka menunjukkan perkembangan pemulihan yang sangat baik,” kata De la Fuente.

Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia menentang pendatang baharu, Cape Verde, sebelum berdepan Arab Saudi dan Uruguay dalam baki aksi peringkat kumpulan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading