
JUARA Wimbledon 2021 wanita Ash Barty tersingkir pusingan awal aksi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pemain kelahiran Australia No.1 dunia itu tewas kepada pemain Sepanyol Sara Sorribes Tormo 6-4,6-3 pada Ahad.
Pada set kedua Barty dilihat cuba bangkit namun gagal mempamerkan pukulan baik sepanjang perlawanan.

Sususlan kekalahan itu, Barty kelihat terkejut dan kecewa malah tidak membuat sebarang kenyataan selepas perlawanan.
Manakala prestasi Tormo pula di luar jangkaan dengan semangat dan pukulan konsisten sepanjang perlawanan berlangsung.
Sebelum aksi tewas ini, Barty beraksi dalam acara beregu bersama Storm Sanders dengan menumpaskan pasangan tuan rumah, 6-1, 6-2.






Add Comment