
JAGUH renang wanita negara Phee Jinq En berjaya memecahkan rekod kebangsaan 100 meter (m) kuak dada dalam saringan dua di Sukan Olimpik Tokyo pada Ahad.
Jinq En merekodkan 1 minit 08.40 saat (s) memperbaharui catatan miliknya sendiri 1:08.50s yang dilakukannya ketika meraih pingat emas di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.
Dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, atlet berusia 23 tahun itu menamatkan saingan di tempat kedua di belakang perenang Slovakia Andrea Podmanikova (1:08.36s) diikuti Tilali Scanlan dari Samoa Amerika di tempat ketiga (1:10.01s).
New National Record!!!
Padu!!!
Phee Jinq En menduduki tempat ke-2 dalam acara 100m Kuak Dada wanita (Heat 2) dengan catatan masa 1:08.40
Rekod Lama kebangsaan beliau di Sukan SEA 2019 Manila dengan catatan masa 1:08.50 #KontinjenMalaysia #DemiMalaysia#Tokyo2020 pic.twitter.com/4u9lWYUsha
— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) July 25, 2021
Bagaimanapun, masa yang dicatatkan masih belum mencukupi untuk membolehkan Jinq En layak beraksi di separuh akhir yang dijadual pada Isnin (Julai 26). Jinq En menamatkan saingan di kedudukan ke-29 daripada 43 peserta keseluruhan.
Cabaran atlet negara itu belum berakhir kerana dia bakal beraksi dalam acara 200m kuak dada wanita pada Rabu (28 Julai).






Add Comment