Bola Sepak

FAM pandang serius teguran Tunku Ismail


Hamidin Mohd Amin

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius pandangan bekas presidennya Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kegagalan skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2020 di Singapura, Disember lalu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, beliau secara peribadi menghormati teguran dan cadangan yang diberikan Tunku Ismail.

Jelasnya, FAM juga akan meneliti segala permasalahan yang dibangkitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu demi kebaikan arena bola sepak negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “FAM tidak menepati perancangan awal” – Tunku Ismail

“Saya menjunjung kasih kepada TMJ dan akan meneliti cadangan yang telah dikemukakan baginda, selaku bekas Presiden FAM berhubung kegagalan skuad kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “FAM banyak buang masa” – TMJ

“Kami mengambil dari sudut positif teguran dan cadangan tersebut akan kami perhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak terutama dalam pengurusan bola sepak negara,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa boleh gantikan Hamidin?” – TMJ

Pada Khamis, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendedahkan beberapa perkara mengenai situasi skuad kebangsaan kepada Cakap Sukan dan Astro Arena termasuk pemilihan pemain, jurulatih dan perancangan FAM yang tidak jelas sehingga membawa kegagalan mencapai sasaran ke final pada kempen tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: