
Oleh: JJFIRDAUS/ KHAIRUL AKMA
AKSI Sirkit Ketiga Liga Premier Futsal Kebangsaa (LPFK) di antara Pulau Pinang dan PDRM FC terpaksa ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak selepas sembilan pemain dan pegawai PDRM disahkan positif Covid-19.
Kesan daripada itu, satu lagi perlawanan melibatkan PDRM FC bertemu Perak yang dijadualkan pada Sabtu juga turut ditunda dan pihak pengelola dan FAM akan mengumumkan tarikh baharu untuk kedua-dua perlawanan.
Sementara itu pada saingan hari pertama Sirkit Ketiga pada Jumaat menyaksikan skuad futsal Kuala Lumpur berjaya mencatat kemenangan sulung dalam Liga Premier Futsal Kebangsaan (LPFK) selepas menewaskan Perak 4-1 dalam aksi pembukaan Sirkit Ketiga di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Dalam satu lagi perlawanan, Negeri Sembilan naik ke tangga ketiga liga selepas mencatat kemenangan ke atas pasukan KPT-PST Mustangs 3-2 dalam aksi yang cukup sengit, manakala Terengganu membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan TRW Kelantan FC 4-2 dan melonjak ke tangga kedua selepas empat perlawanan.
Dalam perkembangan lain, dua perlawanan tertunda melibatkan KL City FC bertemu Selangor TOT dan Selangor MAC akan berlangsung pada 8 dan 15 Februari di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya.





Add Comment