Bola Sepak

Liga M 2022 : Bekas pemain Persib Bandung sertai NSFC


Omid Nazari 

 

JUARA Liga Premier musim lalu, Negeri Sembilan FC sah mendapatkan tandatangan bekas pemain Persib Bandung Liga Indonesia, Omid Nazari bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain ini merupakan import terbaharu dibawa masuk skua Hobin Jang Hobin selepas mengikat dua pemain import iaitu bekas pemain Sri Pahang FC, Herold Goulon, 33, dari Perancis dan seorang lagi, muka baharu di pentas saingan Liga M iaitu David Gordon Mawutur, 29, dari Ghana.

Menerusi kenyataan rasmi pasukan, pemain berusia 30 tahun itu adalah bagi kuota ASEAN dan akan memperkuatkan jentera tengah skuad Hobin Jang Hobin.

“Pemain kelahiran Sweden ini pernah beraksi di Liga Indonesia bersama pasukan Persib Bandung dari 2019 sehingga 2021.

“Dia membuat penampilan bersama Persib sebanyak 26 perlawanan dengan satu jaringan,” ujar kenyataan tersebut.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: