Bola Sepak

Liga M 2022 : Marc Vales lengkapkan senarai pemain KDA FC


Marc Vales Gonzalez diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain KDA FC.

PERTAHANAN kental yang beraksi dengan kelab Sandefjord Football (Norway), Marc Vales Gonzalez melengkapkan senarai penuh 30 pemain Kedah Darul Aman FC musim 2022.

Marc Vales mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ke-3 KDA FC dimana sebelum ini pasukan telah mengesahkan Dechi Marcel N’guessan, Ronald Ngah Wanja (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) sebagai 4 pemain import skuad hijaukuning.

Menerusi kenyataan pasukan, Marc Vales berumur 31 tahun dan berasal dari Les Escaldes, Andorra merupakan pemain pertahanan yang pernah beraksi di Spain, Finland, Norway dan Andorra.

Kehadiran beliau memberi keterujaan buat peminat dengan reputasinya yang pernah beraksi di peringkat Eropah mewakili Andorra.
Kelab diwakilinya sebelum ini adalah Sandefjord Fotball (Norway) sejak 2018 dan menjaringkan 4 gol buat kelab tersebut.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: