Laporan khas dari Dubai, UAE oleh SUBKHI SUDARJI
PERTAHANAN baharu Harimau Selatan, Syahmi Safari menyifatkan segala-galanya apa yang diimpikan sebagai seorang pemain bola sepak berada di Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tegasnya, dia tidak menunggu lama untuk memberikan keputusan selepas mendapat tawaran menyertai JDT.
“Bila dapat tawaran, pastinya saya akan mendapatkan pandangan dari kedua ibu bapa dan ahli keluarga, mereka memberikan restu untuk saya.
“Kedua ibu bapa saya memang galakkan untuk saya jadi lebih baik selain beberapa rakan pasukan yang telah berada dalam pasukan (JDT),” katanya ditemui CAKAPSUKAN di Dubai, UAE.
Tiga perkataan yang boleh digambarkan mengenai JDT, Syahmi menjelaskan ianya adalah PROFESIONAL, SEMPURNA dan BERTARAF DUNIA.

Syahmi yang juga merupakan pertahanan sayap negara diperkenalkan secara rasmi menyertai JDT daripada Selangor FC pada 13 Januari lalu.






Add Comment