Bola Sepak

“Jangan tertekan, terus perbaiki kelemahan” – Kim Swee


Aksi persahabatan Sabah FC bertemu Kuching City FC.

KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak terlalu tertekan dengan keputusan perlawanan persahabatan dan harapan penyokong, sebaliknya terus fokus terus perbaiki permainan.

Kim Swee berkata, beliau amat memahami harapan peminat untuk Sabah FC mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan, namun masa ini pihaknya sedang mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap pemain bagi menyediakan pasukan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Jelasnya, kekalahan 0-1 kepada pasukan Liga Premier Kuching City FC dalam aksi persahabatan pra musim semalam tidak sepatutnya dijadikan alasan menekan pemain.

Kim Swee mahu pemain-pemainnya perbaiki corak permainan. Foto: Sabah FC

“Pasukan kami tewas dengan serangan balas ini pastinya memberi kami pengajaran, yang paling penting keputuan bukan untuk malam ini tetapi bermula Liga Malaysia nanti. Kami tidak boleh mengulangi kesilapan atau tidak dapat jaringkan sebarang gol.

“Ini lumrah pasukan tertentu bertahan melengahkan masa, bagi saya ini hanya suatu permulaan yang kami tidak boleh tertekan dengan situasi seperti ini, kami harus belajar,” ujarnya.

Sebelum ini, Sabah FC turut mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Liga M3 Kinabalu Jaguar FC dengan keputusan seri 1-1. – Bernama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading