Bola Sepak

Liga M 2022 : Neto peledak baharu Sang Badak


Neto (tengah) menjadi taruhan baharu Sabah FC merobek gawang lawan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENYERANG kelahiran Brazil, Altemir Cordeiro Pessoa Neto yang beraksi bersama Clube do Remo menjadi taruhan baharu Sabah FC selaku penyerang bagi musim 2022.

Berusia 27 tahun dan memiliki ketinggian 183m, Neto mula bermain secara profesional bersama-sama kelab Placidi De Castro pada tahun 2013 dan bermain dengan 9 kelab di Amerika Selatan daripada tahun 2014-2021.

Membuat 158 penampilan bersama-sama kelab yang diwakilinya dan menjaringkan 50 gol dan kelab terakhir yang diwakilinya ialah Clube do Remo daripada Liga Brazil.

Kehadiran Neto pastinya memberikan lebih banyak peluang taktikal bakal dijelmakan Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali dalam membentuk pasukan yang kini boleh dianggap  “JDT Borneo” mengharungi musim 2022.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: