Bola Sepak

Liga M 2022 : Billy dan Samassa sertai Pahang FC, Hidalgo buat ‘U-turn’


SRI PAHANG FC membuktikan kesungguhan mereka untuk terus bersaing dalam pentas Liga Malaysia 2022 (Liga-M) apabila rancak memperkenalkan pemain import membarisi pasukan musim ini.

Penjaga gol tinggi lampai dari Mali, Mamadou Samassa dan pemain skuad kebangsaan Laos berasal dari Perancis, Billy Ketkeophomphone serta kembalinya semula pemain licik, Manuel Hidalgo memperlihatkan kesungguhan Tok Gajah memberikan gambaran kesungguhan pasukan memburu kejayaan.

Billy Ketkeophomphone 
Billy berusia 31 tahun pastinya menjadi taruhan terbaru barisan depan memiliki pengalaman beraksi di Ligue 1 dan pernah mewakili beberapa pasukan antaranya RC Strasbourg, FC Sion, Tours FC, Angers SCO, AJ Auxerre dan USL Dunkurque.
Pertama kali bermain di Asia Tenggara, Billy tampak sudah bersedia untuk membina gandingan hebat bersama Mahmoud Zatara dan membina nama di Liga Malaysia!
Mamadou Samassa
Begitu juga Samassa, penjaga gol berdarah Perancis ini berpengalaman beraksi di Ligue 1 bersama Guingamp dan Troyes sebelum berhijrah ke Greece untuk bermain dengan Sivasspor dan terbaru Levadiakos.
Berusia 31 tahun, Samassa pernah mewakili Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Mali di peringkat senior, di mana dia pernah membantu negaranya itu menduduki tempat ketiga di Piala Negara-Negara Afrika 2013.
Kehadiran Samassa menyaksikan Sri Pahang kini mempunyai empat penjaga gol sekaligus membayangkan betapa Christophe Gamel cukup serius dalam memantapkan barisan belakang pasukan.
Manuel Hidalgo

Hidalgo yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim lalu nyata berjaya memberikan impak buat pasukan kembali mengikat kontrak bersama Sri Pahang FC.

Bintang dari Argentina ini dibawa masuk pada pertengahan musim lalu dan telah berjaya menambat hati penyokong dengan kelincahan dan aksi memukau di posisi sayap.

Walaupun memilih untuk beralih angin selepas kontraknya tamat pada November lalu, Hidalgo berubah fikiran dan kembali dengan misi mengecap sesuatu yang lebih besar bersama Sri Pahang musim ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading