Bola Sepak

“Siapa boleh gantikan Hamidin?” – TMJ


Laporan khas dari Dubai, UAE oleh SUBKHI SUDARJI

SELEPAS hampir seminggu Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan akan terus memimpin badan induk sukan bola sepak negara, desakan agar beliau meletak jawatan tetap hangat diperkatakan netizen-netizen yang menganggap ia adalah keputusan bertanggungjawab diatas kegagalan skuad kebangsaan mencapai sasaran pada kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura.

Persoalan ini turut diajukan pada temubual Eksklusif  CakapSukan kepada bekas Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kewajaran tindakan perletakan jawatan Hamidin.

“Kalau awak nak tukar dia (Hamidin),  dia nak tukar dengan siapa? Dia dah lama dalam bola sepak dan bukannya juga dia tak beri apa-apa kepada industri bola sepak tanah air. Siapa nak ganti dia?.

“Nak cari neutral pun, ada orang kata nak letak Vincent Tan (Tan Sri), beliau ada kelab di England dan Belgium tetapi bagi saya ianya tak kena kerana awak  kena faham senario bola epak tanah air sangat berbeza kalau dibandingkan dengan negara-negara lain,” jelas Tunku Ismail.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail menafikan beliau ada masalah dengan FAM namun jika ada berlakunya kesilapan dan kesalahan dilakukan badan induk sukan negara itu, pandangan akan disuarakan.

“Kita takde masalah, saya berkawan dengan semua Exco FAM termasuk Tan Cheng Hoe  masih ada perhubungan yang bagus,  sama juga macam saya dengan Presiden FAM. Kalau saya rasa benda itu tak betul, saya cakap benda itu tak betul, itu tak semestinya saya bermusuh dengan dia ataupun ada masalah dengan dia, itulah cerita dia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau bukan bermaksud nak mempertahankan Hamidin tetapi sebarang keputusan yang diambil bukanlah bersandarkan kepada emosi tetapi perlu mengikut fakta rasional dan analisis yang tepat.

“Awak kena faham yang pertama sekali tiada seorang pun dalam badan induk atau jurulatih dan mana-mana kelab ada niat yang tak baik, semua nak buat yang terbaik, jadi niat baik itu ada.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin

“Tapi mungkin cara mereka bekerja itu tak sepatutnya benda itu dilakukan dengan cara tertentu, mungkin kena ubah suai sedikit. Perancangan, hubungan dua hala perlu lebih jelas dan telus kerana penyokong bola sepak tanah air yang sayangkan bola sepak kebangsaan  ingin lihat yang terbaik buat pasukan kebangsaan

“Jadi itu pasal yang saya cakapkan tadi maklumat-maklumat perlu sampai ke penyokong-penyokong dan pihak media, apa yang sedang berlaku. Tetapi awak tak boleh salahkan 100 peratus kepada dia (Hamidin) kerana dia tak buat taktikal punya kerja.

“Yang tidak jaringkan gol adalah pemain, yang bolos adalah pemain, yang taktikal kurang rapi adalah jurulatih, macam mana boleh salahkan Presiden FAM?

“Bagi saya macam saya semua kena bertanggungjawab cari jalan untuk  memperbaiki situasi tersebut, jadikan kelemahan itu sebagai kekuatan dan jalankan tugas dengan baik itu sahaja pandangan saya,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading