Bola Sepak

“FAM banyak buang masa” – TMJ


Tunku Ismail mahu FAM segera membuat keputusan dan bukannya banyak masa dihabiskan dalam perbincangan sahaja tanpa keputusan.

Laporan khas dari Dubai, UAE oleh SUBKHI SUDARJI

“BUANG masa tubuhkan Badan Siasatan Bebas”, tegas pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai usaha dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata, untuk membuat keputusan dimana-mana sahaja boleh dilakukan tetapi perlulah cepat untuk dilaksanakan.

“Membuang masa, saya bagi contoh visi tanpa pelaksanaan adalah satu ‘halusinasi’, awak ada tengok JDT mesyuarat… saya tak pernah pergi mesyuarat, saya panggil semua yang bekerja dalam kelab, beri saya laporan, di situ juga saya membuat keputusan dan laksanakan kerja masing-masing, habis cerita.

“Tak guna nak siasat, tangguh keputusan mesyuarat yang lagi satu, itu semua membuang masa, nak buat kerja dimana-mana sahaja boleh, tapi yang penting kena cepat buat keputusan tak boleh tangguh dan tangguh dan mesyuarat… banyak sangat formaliti.

“Di JDT semua orang beri saya laporan , saya cakap benda itu tak betul, jangan buat benda itu  dan ini, buat perancangan terus buat keputusan… beri mereka kebebasan penuh untuk menjalankan tugas, saya bimbing apa yang saya suka dan saya tidak suka, patut atau tidak patut, itu sahaja.

“Jikalau ada masalah kami bersama-sama ada sikap tanggungjawab untuk betulkan. FAM patut ikut cara sama , tak perlu mesyuarat tanya itu dan ini, fail tebal , saya tahu sebab saya dulu dalam FAM, lepas tu tak buat keputusan, nak buat macam mana,” ujarnya.

Dell Akhbar (tengah) membentangkan keputusan penilaian Badan Siasatan Bebas pada sidang media, Jumaat lalu.

Terdahulu selepas diumum penubuhannya pada 7 Januari 2022, Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah bersidang sebanyak empat kali iaitu pada 12, 14, 16 dan 20 Januari 2022.

Ia bagi mencari punca kegagalan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, Disember 2021 yang biarpun mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Susulan daripada itu Badan Siasatan Bebas yang diketuai Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan telah mengenal pasti 10 dapatan (finding) berdasarkan laporan dan siasatan.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading