Olimpik 2020

Tangisan Jijoe pembakar semangat untuk bangkit


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya tangisan Datuk Azizulhasni Awang selepas gagal meraih pingat emas dalam acara keirin akan menjadi pembakar semangat ahli sukan untuk terus bangkit demi nama negara.

Jelasnya, dia tidak boleh bayangkan perasaan Jijoe sewaktu di atas track dan begitu juga dengan perasaan kecewa terlepas peluang untuk meraih pingat emas.

But I can say with all of my confidence that not one soul in Malaysia blames you. In fact, we are overwhelmed with joy for you victory and especially your safety!.

“Seluruh Malaysia dapat melihat kesungguhan Jijoe mengejar ke garisan penamat dan tidak putus asa untuk mendapatkan pingat perak buat negara. Itu adalah satu aksi yang amat berharga,” ujarnya yang berkongsi perasaan menerusi laman rasmi FB miliknya sebentar tadi.

Reezal berkata, Jijoe telah memberikan inspirasi buat semua ahli sukan Malaysia dan begitu juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Resilience, mental strength and the undying fire to win; you are the living embodiment of power.

“Tangisan Jijoe hari ini akan menjadi pembakar semangat ahli sukan untuk terus bangkit demi nama negara.

“Saya harap Jijoe tidak akan putus asa dan mengingati pengalaman di Tokyo ini sebagai satu ‘milestone’ besar yang boleh Jijoe semat di hati sentiasa.

Thank you, our hero. Rest well and we’ll see you again in Malaysia soon,” ujarnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: