Olimpik 2020

“Kejayaan bermakna, bangga dengan Anak Terengganu” – Reezal Merican


Azizulhasni meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Foto: MSN

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

“KEJAYAAN yang cukup bermakna sebelum tirai dilabuh,” luah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican yang turut berada di Velodrom Stadium Izu memberitahu amat berbangga dengan kejayaan pelumba keirin negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak pada aksi final hari ini.

“Jijoe dari awal telah berjanji untuk memberikan sesuatu dan beliau antara sebab saya mengemukan sasaran kerana kesungguhan, iltizam dan kemahuan dia.

“Dan hari ini beliau telah tunjukan dan saya sangat berbangga dengan anak Terengganu ini kerana ‘spirit’ luar biasa.

“Berada di velodrom ini menyaksikan semangat juang dan beliau mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja daripada kontinjen Malaysia tetapi seluruh penyokong di kalangan negara Jepun,” ujarnya dalam satu rakaman temuramah oleh Astro Arena.

 

Malah Reezal Merican memberitahu, tiada apa yang boleh beliau luahkan rasa bangga terhadap pencapaian Azizulhasni ini.

“Tiada apa lagi yang saya lakarkan bagaimana rasa bangga dengan pencapaian Jijoe hari ini selain bersyuku.

“Dan saya yakin seluruh rakyat di tanah air juga menyaksikan bagaimana beliau yang berada di kedudukan terakhir sebelum berjaya berada di podium.

“Terima kasih banyak-banyak kepada rakyat Malaysia yang terus berdoa untuk kejayaan ini.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: