HARI terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan Malaysia meraih satu pingat perak menerusi jaguh keirin negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Biarpun berjaya memperbaharui warna pingat dimenangi Rio 2016 (gangsa), ternyata pelumba berusisa 33 tahun itu kelihatan sedikit kecewa dari riak wajahnya selepas perlumbaan berakhir memandangkan beliau yakin mampu meraih pingat emas.
Namun, aksi dramatik dari penyandang juara Jason Kenny dari Britain yang lebih awal memecut meninggalkan pelumba Australia yang berada di kedududkan kedua ketika itu.
Bagaimanapun, seperti dijangkan Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman telah menggunakan segala tenaga kayuhannya untuk tamat di kedudukan kedua sekaligus meraih pingat perak, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen meraih pingat gangsa.
Add Comment