
BRAZIL berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak lelaki yang dimenangi di Temasya Rio apabila menewaskan Sepanyol 2-1 selepas masa tambahan.
Jaringan Malcom pada minit ke 108 cukup untuk mengecewakan Sepanyol sekaligus pingat ketiga berturut-turut Brazil di Sukan Olimpik selepas memenangi gangsa pada Temasya London 2012.
Memulakan temasya sebagai pilihan, Brazil berjaya menjuarai Kumpulan D dengan tujuh mata hasil dua kemenangan ke atas Jerman dan Arab Saudi sebelum diikat Ivory Coast pada perlawanan terakhir.
Di peringkat suku akhir, Brazil dipaksa bekerja keras sebelum jaringan tunggal Cunha berjaya mengenepikan cabaran Mesir untuk layak ke suku akhir bertemu Mexico.
#BRA @CBF_Futebol have won #Gold again! #BRA
For the second Olympics in a row, Brazil are the men’s #Football champions!#StrongerTogether | #Tokyo2020 | @FIFAcom pic.twitter.com/46l0fAPwtW
— Olympics (@Olympics) August 7, 2021
Sekali lagi Brazil dipaksa bekerja keras di separuh akhir apabila diheret Mexico hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 4-1 untuk berjaya layak ke final.
Skuad yang diketuai Dani Alves ini berjaya mengulangi sejarah di Stadium Yokohama — venue di mana skuad senior menjadi juara Piala Dunia buat kali kelima pada 2002 dahulu.
Sepanyol yang turun dengan separuh pemain yang beraksi pada Kejohanan Eropah muncul juara Kumpulan C dilihat sangat berbahaya dalam serangan balas tetapi skuad Brazil ampuh bertahan.
Penjaring terbanyak, Richarlison gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua tetapi lega apabila Cunha berjaya meletakkan Brazil di depan pada minit terakhir separuh masa pertama.
Mikel Oyazabal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 61 untuk membawa perlawanan ke masa tambahan sebelum akhirnya Malcom tenang merembat ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk muncul sebagai juara Olimpik.
Add Comment