Olimpik 2020

“Keadaan Shah Firdaus stabil, tiada patah tulang” – Reezal Merican


Shah Firdaus masih bersemangat selepas terlibat dalam pelanggaran dengan pelumba lain.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PERKEMBANGAN melegakan buat seluruh peminat sukan tanah air mengenai pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dengan pelanggaran ketika saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu pada Sabtu.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican keadaan Shah Firdaus kini stabil dan akan lalui pemeriksaan lanjut.

“Shah Firdaus stabil dan tidak ada tulang patah atau tulang rusuk patah. Hanya rasa ‘dehydrated’ dan cuma akan lalui pemeriksaan lanjutan akan dilakukan oleh doktor dan pakar di sini. Dan kemudian pakar kita, Dr Kamarul Hashim  akan berbincang untuk menentukan kedudukan Shah Firdaus.

 

“Memang saya berada di sana pelanggaran yang berlaku  dan impak dilihat begitu serius namun sesungguhan Shah bangkit semula untuk aksi repechage dan akhirnya menempatkan beliau ke suku akhir.

“Malah dalam  ambulan pun masih lagi beritahu nak turun bertanding. Apa pun bagi saya, keselamatan dan kesihatan Shah Firdaus adalah keutamaan,” jelasnya dalam satu rakaman daripada Astro Arena.

Reezal Merican berbincang sesuatu bersama pengurus pasukan basikal, Datuk Datuk Amarjit Singh ketika insiden pelanggaran melibatkan Shah Firdaus berlaku.

Dalam pada itu, Reezal Merican menyerah keputusan mengenai kedudukan Shah Firdaus pada aksi suku akhir yang berlangsung esok (Ahad) kepada pakar perubatan, pelumba itu sendiri dan juga jurulatih.

“Kita tunggu sehingga pemeriksaan susulan. Cuma waktu ini rakyat Malaysia sama-sama berdoa keadaan baik dan stabil dan terus bersemangat untuk bertanding.”

Pelumba berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan itu selepas terbabit dengan pelanggaran  apabila pelumba Great Britain, Jack Carlin cuba menghimpitnya menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh dan terseret hingga ke tepi trek. Turut terlibat seorang lagi pelumba lain yang terpaksa menarik diri apabila perlumbaan itu diadakan semula.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: