PELUMBA basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom memberitahu bahawa dia boleh meneruskan perlumbaan saingan suku akhir acara keirin pada esok (Ahad).
Shah Firdaus, 25, dilaporkan stabil dan berada dalam baik selepas insiden perlanggaran dari pemain lain yang menyebabkan dia terheret ke luar trek.
Namun mujur, kecederaan yang dialaminya itu tidak serius selepas menerima rawatan lanjut di hospital dan mendapat rujukan pihak pakar.
Pelumba kelahiran Muar, Johor ini berkongsi keadaan terkininya di Instastorynya beberapa jam selepas keluar dari hospital.
Tulisnya, dia berada dalam keadaan baik selepas menjalani ujian X-Ray dan CT Scan.
“Keputusan X-ray dan CT scan menunjukkan saya ‘ok’ dan akan berlumba esok.
“Untuk semua penyokong-penyokog saya, tolong jangan buat penilaian terhadap pelumba sendiri terhadap pelumba-pelumba lain. Kemalangan memang berlaku di trek perlumbaan, terutamanya dalam acara keirin, tetapi tiada siapa yang mahu kemalangan ini secara sengaja.
“Ia adalah sebahagian daripada perlumbaan dan semua mahu menang. Doakan untuk kesembuhan dan saya akan cuba yang terbaik pada esok!,” tulisnya.
Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan selepas dihimpit pelumba Great Britain Jack Carlin ketika aksi saringan kedua (Heat 2).

Susulan daripada itu, nama Jack Carlin menjadi trending di laman sosial malah netizen-netizen telah membuat pelbagai komen tidak berpuas hati dengan tindakan pemenang pingat gangsa acara pecut itu.
Segelintir netizen juga turut menyerang media sosial pelumba berusia 24 tahun itu yang memaksa dia terpaksa mengehadkan ruangan komen di Instagramnya.
Add Comment