
Oleh: SURYATI MOHD NOR
AKSI berbasikal acara keirin sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan tanah air dengan harapan dapat menyaksikan pingat emas pertama dapat dihasil oleh salah seorang daripada dua pelumba negara yang beraksi.
Jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang merupakan prospek emas pertama negara dalam acara kegemarannya dan pusingan awal yang berlangsung hari ini menyaksikan beliau telah mengotakan janjinya untuk menang dengan ‘clean’.
“Memang ‘plan’ hari ini tak nak beraksi dalam ‘Repechage’ dan mahu menyimpan tenaga sebaik mungkin. Alhamdullilah ia dapat dilakukan.

“Esok ada tiga perlumbaan bermula pagi. Cuma esok saya perlu berbincang dengan John (John Beasley, ketua jurulatih) membuat percaturan yang lebih bijak.
“Apa yang penting bagi saya untuk esok adalah menang first dan layak ke semi final, seterusnya buat ‘all out’ untuk final.
“Semua rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa, doakan saya menang untuk pingat emas pertama buat negara,” jelasnya selepas perlumbaan pusingan awal dan turut berharap rakan senegara Shah Firdaus cepat pulih untuk sama-sama beraksi di suku akhir.
Saya bergegas ke Juntendo University Shizuoka Hospital untuk melihat keadaan Shah Firdaus. Doakan yang terbaik untuk fighter kita. 💪🏻🇲🇾 pic.twitter.com/denFkbiIly
— Reezal Merican (@reezal_merican) August 7, 2021
Namun berbeza pula dengan nasib seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terpaksa berkayuh dalam keadaan kesakitan selepas mengalami kemalangan ketika perlumbaan saringan kedua (Heat 2).
Dia terpaksa menarik diri ketika perlumbaan ulangan, namun bangkit bersaing dalam saingan Repechage dan menamatkan saingan di tempat kedua sekaligus mara ke suku akhir.
Sebaik sahaja berakhir perlumbaan tersebut, Shah Firdaus terus dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
At Medical Tent to see @shahfirdaus95 with suspected rib fracture due to crash at Keirin First Round. He is rushed to Hospital for investigation. He is upset but I together with TS @NorzaZakaria told him that his health is paramount. Hope he gets well and will keep all updated. pic.twitter.com/fuQk9HaAUr
— Dato’ Amarjit Singh Gill (@AmarjitSG) August 7, 2021
Menurut perkongsian terkini pengurus pasukan basiknegara, Datuk Amarjit Singh Gill yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), kemungkinan Shah Firdaus mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan tersebut.
“Dia sangat sedih, namun saya dan Tan Sri Norza Zakaria memberitahu bahawa kesihatannya lebih penting.”
Add Comment