Olimpik 2020

Shah Firdaus alami kemalangan… teruskan aksi ‘Repechage’, mara ke suku akhir


Oleh: SURYATI MOHD NOR

PELUMBA negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengalami kecederaan di bahagian bahu dan tulang rusuk ketika aksi saringan kedua  (Heat 2) acara keirin selepas terlibat dalam kemalangan.

Perlumbaan tersebut diulang kembali namun Shah Firdaus menarik diri di atas nasihat Institut Sukan Negara (ISN) berdasarkan kecederaan di bahagian rusuk yang dialami ketika itu.

Bagaimanapun kurang daripada 15 minit selepas perlumbaan ulangan, ISN memberi ‘lampu hijau’ kepada Shah Firdaus untuk teruskan perlumbaan ‘Repechage’.

Pelumba kelahiran Muar, Johor itu bagaimanapun bangkit memenangi perlumbaan Repechage biarpun dilihat berada dalam kesakitan sekaligus mara ke suku akhir mengikut jejak Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang telah layak sebelum itu.

Perlumbaan suku akhir bakal berlangsung pada esok (Ahad) yang menyaksikan sekali lagi debaran dan harapan untuk melihat dua pelumba negara terus mara ke pusingan seterusnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: