Olimpik 2020

Azizulhasni, Shah Firdaus teruskan saingan di Pusingan Ketiga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PELUMBA berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mengatasi lawan masing-masing pada perlumbaan Repechage 1/16 bagi melayakkan diri ke Pusingan Ketiga 1/8 acara pecut lelaki di Olimpik Tokyo pada Rabu.

Azizulhasni, yang sebelum itu tewas kepada Nocholas Paul dari Trinidad and Tobago pada Saringan 4 Pusingan kedua 1/16, terlalu pantas buat pelumba Kanada Nick Wammes dalam Saringan 4 Perlumbaan Repechage 1/16.

“Di atas kertas memang nampak sengit. Tetapi dalam ‘sprint’ semuanya boleh berlaku. It’s all about tactics‘.

“Saya tidak akan lihat catatan beliau (lawan esok), sebaliknya malam ini saya akan fikir taktik apa yang akan digunakan untuk esok.

“Saya akan cuba 100 peratus untuk perlumbaan esok,” jelasnya selepas perlumbaan hari ini.

Sementara Muhammad Shah Firdaus juga tigak mempersia-siakan peluang keduanya pada acara itu selepas menang bergaya ke atas pelumba Poland Patryck Rajkowski pada Saringan 3 Perlumbaan Repechage 1/16.

Sebelum itu, perlumbaan terpaksa diadakan semula selepas pelumba Poland itu terjatuh selepas berlanggar dengan Muhammad Shah Firdaus pada pusingan pertama perlumbaan tiga pusingan itu.

Shah Firdaus turut memberi cabaran sengit kepada pesaing. Foto: MSN

Terdahulu pada Pusingan Kedua 1/16, Muhammad Shah Firdaus tewas kepada pelumba Great Britain Jack Carlin.

Cabaran sukar menunggu Azizulhasni pada Saringan 1 Pusingan Ketiga 1/8 kerana pemenang pingat gangsa di Rio 2016 itu akan bertemu pelumba dari Belanda Jeffrey Hoogland, yang memecahkan rekod Olimpik dengan catatan 9.215 saat, pada pusingan kelayakan awal hari ini.

Muhammad Shah Firdaus pula berpeluang untuk membalas kekalahannya kepada Harrie Lavreysen pada Pusingan Pertama 1/32 hari ini, kerana kedua-dua mereka akan bertemu semula pada Saringan 2, Pusingan Ketiga pada Khamis.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: