Olimpik 2020

Pandelela mara ke separuh akhir 10m platform wanita individu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mara ke saingan separuh akhir acara 10 meter (m) platform wanita individu.

Penerjun berusia 28 tahun itu mengumpul markah keseluruhan 284.90 pada aksi kelayakan yang berlangsung pada Rabu.

Pandelela berada dalam kedudukan terakhir untuk kelayakan di tangga ke-18.

Seorang lagi peserta negara,  Cheong Jun Hoong tidak berada dalam senarai kelayakan untuk aksi separuh akhir ini selepas terkandas selepas hanya menduduki tempat ke-26 dengan 251.80 mata.

Seperti dijangka, atlet China Chen Yixu (390.70 mata) dan Quan Hongchan (364.45) mengungguli acara itu di dua tempat teratas, manakala penerjun Amerika Syarikat Delaney Schnell (360.75) ketiga.

Seramai 18 penerjun terbaik akan bertanding pada separuh akhir pada 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) pada Khamis sebelum 12 penerjun terbaik akan bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan pada jam 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada hari yang sama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: