
PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad gagal mara ke pentas suku akhir apabila tewas acara individu lelaki kepada wakil Korea Selatan, Kim Woo-Jin, 6-0 dalam pusingan 16 terbaik , sebentar tadi.
Kekalahan ini menyaksikan Khairul Anuar tidak berupaya untuk menyamai pencapaiannya pada temasya London 2012 yang menyaksikan dia mara ke suku akhir sebelum tewas di tangan pemanah Jepun, Takaharu Furukawa
Woo-Jin mudah mengenepikan cabaran Khairul Anuar apabila mengungguli semua tiga set perlawanan hari ini.
Di Rio 2016, pemanah berusia 29 tahun dari Kemaman, Terengganu itu terkandas di pusingan 32 terbaik di tangan atlet Jerman, Florian Floto.
Terdahulu, Khairul Anuar menewaskan dua pencabarnya iaitu dari Finland, Annti Visktrom di pusingan pertama dan pemanah China, Wang Dapeng (pusingan kedua) menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 5-5.











Add Comment