Olimpik 2020

Tersingkir aksi perseorangan, Djokovic bertemu Barty acara beregu campuran


Djokovic tewas kepada pemain Jerman dalam aksi separuh akhir perseorangan lelaki. Foto: Getty Images

AKSI tenis Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini tanpa kelibat pemain No.1 dunia, Novak Djokovic dan Ash Barty dalam acara perseorangan.

Beberapa hari lalu, juara Wimbledon 2021 dari Australia, Barty tersingkir dalam pusingan awal dalam aksi perseorangan wanita.

Manakala, Djokovic yang juga merangkul trofi juara Wimbledon bulan lalu turut kempunan pingat emas pertama di pentas Olimpik apabila tersingkir ketika aksi separuh akhir kepada pemain Jerman Alexandr Zverev.

Ia menyaksikan impian tidak kesampaian untuk menjadi pemain lelaki tenis pertama merangkul gelaran juara dalam empat kejohanan major dan pingat emas Olimpik perseorangan dalam kalendar yang sama. Hanya Steffi Graf sahaja yang melakar rekod tersebut dalam acara wanita.

Zverev teruja selepas menewakan pemain No.1 dunia.

Biarpun kecewa dengan kekalahan tersebut, sejam selepas itu Djokovic tetap meneruskan aksi dalam saingan beregu campuran bersama Nona Stojanovic, namun turut tewas kepada pasangan campuran Rusia Elena Vesnina dan Aslan Karatsev.

Selepas ini Djkovic bakal bersaing merebut pingat gangsa bagi kedua-dua aksi.

“Lihatlah nanti. Buat masa sekarang saya berasa teruk dalam semua aspek.

“Harap esok bermula sesuatu yang baharu dan boleh pulih serta menang sekurang-kurang satu pingat untuk negara saya,” ujar Djokovic.

Barty dan John Peers bakal beraksi bagi saingan perebutan pingat gangsa.

Manakala Barty yang juga turut bermain dalam acara beregu campuran turut tersingkir dalam aksi separuh akhir sebelum ini.

Ia bermakna pasangan Djokovic bakal bertemu dengan pasangan Barty dalam saingan perebutan pingat gangsa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading