Olimpik 2020

Dua kali positif Covid-19 tidak halang Tom Dean raih dua emas di Tokyo


“KETIKA saya dikuarantin di rumah, pingat emas Olimpik dilihat berada sangat jauh dari saya,” kongsi Tom Dean.

Perenang Great Britain ini mengimbas kembali pengalaman ketika dia dijangkiti Covid-19.

Dean diuji positif Covid-19 bukan sekali tetapi dua kali — pertama pada September 2020 dan kali kedua pada Januari 2021 dengan jangkitan kedua yang lebih teruk dan menjejaskan rutinnya  sebagai atlet.

Perenang berusia 21 tahun ini sepatutnya mempunyai 9 hingga 10 sesi latihan seminggu di saat persediaan getir ke Olimpik tetapi terpaksa berada di luar kolam renang selama dua bulan untuk proses pemulihan dan bimbang tidak mampu bertanding di Tokyo apatah lagi memenangi pingat.

Tetapi dengan semangat dan program latihan intensiti tinggi yang dilakukan oleh Great Britain serta mempunyai Duncan Scott sebagai ‘sparring partner’ banyak membantu Tom untuk menyiapkan diri ke Olimpik.

Dean meraih dua pingat emas.

Kedua-dua perenang ini mempamerkan aksi hebat dalam final kategori 200 meter gaya bebas dengan pemenang hanya dapat ditentukan menerusi kuakan terakhir sekaligus memberikan pingat emas dan perak kepada Britain.

Satu lagi pingat emas hadir menerusi kategori 4×200 meter gaya bebas berganti-ganti dengan kuartet Britain berjaya mengejutkan kuartet Australia dan memberikan Dean pingat emas keduanya dalam penampilan pertamanya di temasya Olimpik.

Ini adalah contoh bagaimana seorang ‘super athlete’ yang tidak membiarkan perkara luaran menggangu konsentrasi dalam memburu pingat emas buat diri sendiri dan negara.

Tiada alasan dan tidak menunding jari kepada sesiapa pun. Anda adalah inspirasi Tom.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading