Olimpik 2020

“Tak pernah rasa macam ni”, Beregu lelaki badminton negara ke separuh akhir!


Aaron-Wooi Yik mempamerkan aksi luar biasa menumpaskan pasangan pilihan pertama dari Indonesia. Foto: MSN

PENUH bersemangat aksi pasangan beregu lelaki badminton negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia ketika aksi kemenangan 21-14, 21,17 pada saingan suku akhir pagi Khamis.

“Memang sangat happy. Tak pernah rasa seperti ini. Terima kasih semua penyokong di Malaysia,” ujar Soh Wooi Yik selepas perlawanan.

Manakala Aaron Chia pula menambah tidak kira siapa lawan pada aksi separuh akhir nanti, mereka akan kekalkan ‘game plan’ dan strategi untuk perlawanan separuh akhir nanti.

Aaron-Wooi Yik memulakan permainan penuh fokus berdepan dengan pilihan pertama dari Indonesia Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan mencatat kemenangan pada set pertama 21-14.

Momentum semangat pasangan dengan melakukan serangan demi serangan mengganggu fokus beregu Indonesia sekaligus pantas mengutip mata.

Biarpun Gideo-Sukamuljo cuba bangkit mengejar, ternyata fokus Aaron-Wooi Yik untuk mengutip mata dan tidak melakukan kesilapan dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17 pada set kedua.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: