Olimpik 2020

Hadiah hari lahir buat Reezal


Reezal (kanan, atas) bersama Presiden MOM dan BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi sokongan kepada pasangan beregu lelaki negara. Foto: Facebook Reezal Merican Naina Merican

 

TAMPAKNYA hari lahir Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini begitu bermakna dengan kemenangan pasangan beregu lelaki badminton negara Aaron Chia- Soh Wooi Yik pada aksi suku akhir pagi Khamis.

Menteri Belia dan Sukan itu turut berada di Tokyo menyaksikan perlawanan menarik penuh kejutan apabila pasangan negara menewaskan pemain pilihan pertama yang juga No. 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan keputusan 21-14,21-17.

“Tahniah pasangan beregu negara Aaron Chia & Soh Wooi Yik yang berjaya menewaskan pasangan beregu No 1 dunia dari Indonesia.

“Persembahan yang cukup bertenaga, very composed oleh pasangan beregu negara berjaya menguasai perlawanan dengan kemenangan straight set,” tulis Reezal diciapan Twitternya sebaik sahaja perlawanan berakhir.

 

Selain di Twitter, Reezal yang genap 49 tahun hari ini turut berkongsi di Facebooknya.

Selain mendapat komen-komen berkongsi kegembiraan kemenangan ini, rata-rata netizen juga turut mengucapkan hari lahir kepada beliau.

Malah ada juga yang menganggap kemenangan ini sebagai hadiah hari lahir buat Reezal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: