Olimpik 2020

12 polis pengiring atlet positif Covid-19, ‘kluster virus’ dari asrama sesak


Seramai 12 anggota polis pengiring atlet di Perkampungan Atlet positif Covid-19. Foto: Getty Images

PENGANJUR Tokyo 2020 dikejutkan dengan jangkita Covid-19 di kalangan anggota polis yang bertugas menjaga atlet-atlet di Perkampungan Atlet.

Seramai 12 orang pegawai polis diuji positif Covid-19 manakala 38 orang lain disyaki turut dijangkiti virus tersebut dan kini telah diasingkan untuk rawatan.

Seramai 100 anggota polis yang berusia 20-an dari Wilayah Hyogo itu ditugaskan mengiringi atlet-atlet sepanjang temasya berlangsung.

Separuh daripada mereka dilaporkan tinggal di asrama di Tokyo yang agak sesak dan terpaksa berkongsi kemudahan yang disediakan. Situasi itu dikatakan antara penyebab peningkatan kes Covid-19 menular.

“Hanya anggota polis dari Wilayah Hyogo sahaja yang dijangkiti koronavirus ini. Mungkin kami telah disumpah!.

“Tandas dan bilik air di asrama ini tidak mencukupi menyebabkan keadaan jadi sesak.

“Ia menyebabkan kluster virus tersebar dan saya sangat takut. Moral sudah lemah.

“Sesetengah anggota memberitahu koronavirus ini lebih menakutkan berbanding bekerja di tempat bencana alam,” jelas salah seorang anggota terbabit.

Susulan daripada itu, peningkatan keselamatan di Perkampungan Sukan dibuat bagi mengelak penularan berlaku.

Pihak penganjur Tokyo 2020 enggan memberi sebarang komen.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: