
KEM badminton Jepun pastinya terkejut selepas pemain pilihan pertama Kento Momota tewas pada aksi Kumpulan A badminton perseorangan lelaki pada Rabu.
Pemain berusia 27 tahun yang berada di ranking nombor satu dunia tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan Korea Selatan Heo Kwang-hee 21-15, 21-19 sekaligus menyaksikan dia tersingkir daripada saingan.
Lebih mengecewakan, impian Momoto untuk meraih pingat emas pertama di pentas Olimpik lebur.
Kekalahan ini juga sehari selepas ratu tenis Jepun Naomi Osaka turut tersingkir pada pusingan 16 terbaik ‘straight-set’ kepada pemain Republik Czech Marketa Vondrousova 6-1, 6-4.
Ternyata kedua-dua bintang sukan Jepun ini berdepan dengan persaingan berbeza di pentas Olimpik kepada mereka.






Add Comment