Olimpik 2020

Zii Jia mara ke pusingan kalah mati jumpa Chen Long


PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kalah mati selepas mencatat kemenangan ke atas pemain dari Perancis pada aksi Kumpulan M malam ini.

Juara All England 2021 itu tampil garang bertemu Brice Leverdez mencatat kemenangan  21-17, 21-5 dalam tempoh kurang 17 minit.

Zii Jia yang berada di ranking kelapan dunia dan pemain pilihan kesembilan pertandingan bakal bertemu dengan jaguh badminton China, Chen Long dalam Pusingan 16 pemain pada esok, 9.30 pagi  (Khamis 29 Julai).

Kemenangan ini pastinya menjadi pengubat kekecewaan selepas perseorangan wanita Soniia Cheah tersingkir pada aksi bertemu pemain Thailand Ratchanok Intanon 19-21,21-18,21-10 pada aksi Kumpulan N pagi Rabu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: