Olimpik 2020

Khairul Anwar lakukan ‘comeback’, mara ke pusingan penting Sabtu ini


Khairul Anwar menewaskan dua lawan yang mencabar pada aksi hari ini. Foto: MSN

JAGUH memanah negara, Khairul Anuar Mohamad berjaya layak ke pusingan penyingkiran 1/8 bagi acara Memanah Recurve Individu Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Rabu.

Khairul menewaskan pemanah dari China, Wang Dapeng dalam saingan penyingkiran 1/16 dengan keputusan 6-5.

Bidikan terakhir Khairul ketika ‘shoot-off’ mengena pada angka 10 sekaligus berjaya memenangi pertarungan dramatik itu.

Terdahulu, Khairul Anuar berjaya mara ke pusingan penyingkiran 1/16 selepas menewaskan pemanah Finland, Antti Vikstrom dalam aksi pusingan penyingkiran 1/32 yang mendebarkan.

Dia yang ketinggalan 5-1 pada awalanya berjaya bangkit semula untuk menang 6-5 ke atas pemanah Finland itu yang menyaksikan busur panahnya patah sekaligus menjejaskan momentum pemain berusia 30 tahun ini.

Khairul Anwar bakal meneruskan aksinya pada Sabtu ini. Foto: MSN

“Untuk dua-dua ‘comeback’  ini Alhamdullilah. Ini mungkin rezeki yang ditakdirkan kepada saya hari ini.

“Untuk berpuas hati kemenangan, ya berpuas hati. Cuma untuk shooting tu masih kurang. Selepas ini nak fokuskan kepada shooting saya lagi,” jelasnya selepas perlawanan.

Khairul bakal beraksi pada aksi penyingkiran 1/8 yang dijadualkan pada 31 Julai nanti dan lawan nya akan ditentukan menerusi aksi yang berlangsung hari ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d