
PERLAWANAN pembukaan acara bola tampar pantai wanita pada Sabtu terpaksa dibatalkan berikutan jangkitan Covid-19.
Keputusan tersebut merekodkan acara pertama yang dibatal pada temasya Sukan Olimpik di Tokyo 2020 ini selepas ujian positif Covid-19 dijalankan.
Bintang Republik Czech Marketa Nausch- Slukova diuji posotif awal minggu ini memaksa dia dan rakannya Barnora Hermannova menarik diri daripada bertanding dan memberi kemenangan 2-0 kepada pasukan lawan dan tuan rumah, Jepun.

Seramai enam individu pasukan Republik Czech diuji positif setakat ini dan Jawatankuasa Olimpik melancarkan siasatan ke atas penerbangan khas yang membawa semua atlet itu ke Tokyo.
Suami Slukova yang juga jurulatih Simon Nausch, pemain bola tampar lelaki Ondrej Perusic juga diuji positif.
Add Comment