Olimpik 2020

Korea Selatan berbaloi pertaruh pemanah muda, rangkul emas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemanah muda Korea Selatan menraih pingat emas dalam acara beregu. Foto: Getty Images

GANDINGAN pemanah muda Korea Selatan, Kim Je-deok dan An San mencipta gemilang dalam acara memanah kategori berpasukan campuran apabila berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan lawan dari Belanda dengan keputusan 5-3 hasil dari 4 set.

Apa yang menarik kedua-dua pemanah ini hanya berusia 17 tahun dan 20 tahun dan ini adalah penampilan pertama mereka dalam Sukan Olimpik tetapi berjaya mengatasi tekanan untuk merangkul pingat emas pertama Korea Selatan dalam temasya ini.

Duo ini layak ke perlawanan akhir selepas cemerlang menundukkan pasangan Mexico 5-1 di separuh akhir dan kedua-dua pemanah ini sememangnya berada pada keadaan terbaik selepas bejaya mengungguli acara individu pada Khamis.

Korea Selatan tampil dengan pemanah muda di Tokyo.

Kontinjen Korea Selatan begitu yakin untuk mempertaruhkan bakat muda dan hasilnya dapat dilihat menerusi persembahan yang tenang dan profesional yang ditunjukkan oleh mereka.

Pingat perak dimenangi pasangan Belanda manakala pingat gangsa menjadi milik Mexico selepas mengatasi cabaran pemanah Turki dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Acara memanah yang menawarkan 5 pingat emas akan berterusan hingga 8 Ogos dengan acara individu lelaki dan wanita serta acara berpasukan lelaki dan wanita.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: