Olimpik 2020

Atlet menembak China buka koleksi pertama pingat emas di Tokyo


ATLET dari China Yang Qian meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Sabtu.

Bintang menembak itu meraih pingat pertama temasya menerusi acara 10 meter Air Rifle wanita dengan tembakan terakhir 9.8 meter yang menyaksikan rekod Olimpik dicatat dengan keseluruhan 251.8 mata.

Penembak Rusia, Anastasiia Galashina meraih perak selepas mengharungi tekanan ketika bidikan terakhir dengan hanya mencatat 8.9 mata merupakan yang terendah dicatat mana-mana peserta di pentas akhir ini.

Yang Qian mengakui pasukannya telah dilatih untuk berdepan tekanan hebat.

Penembak Switzerland Nina Christen di tempat ketiga untuk pingat gangsa, manakala Mary Tucker yang berada di ranking No.2 dunia tersingkir lebih awal berada di kedudukan keenam.

“Saya sangat gementar. Pertandingan sangat sengit.

“Kami dilatih bagaimana untuk menghadapi tekanan. Semua jurulatih cuba mencipta tekanan yang membuatkan saya sangat gementar,” jelas Qian.

Manakala Galashina mengakui tembakan terakhirnya dalam keadaan gugup.

“Saya sangat gugup, bertahan begitu lama. Fikiran saya tidak berada di tempat yang betul. Saya hilang konsentrasi. Penjelasan yang mudah,” jelasnya yang teruja dengan pingat pertama di Sukan Olimpik.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: