Olimpik 2020

Kes pertama positif Covid-19 di Perkampungan Atlet

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Peraturan ketat di Perkampungan Atlet.

PENGANJUR Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengesahkan seorang diuji positif Covid-19 di Perkampungan Atlet.

Individu tersebut merupakan pelawat dari luar negara yang terlibat dalam pengurusan Sukan Olimpik diuji positif ketika menjadi ujian rutin pada Jumaat. Bagaimana pun warganegara individu tersebut tidak didedahkan.

Sukan Olimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung tahun lalu ditunda ke tahun ini berikutan penularan global pandemik yang menyaksikan acara yang bakal berlangsung tanpa kehadiran penonton dan peraturan kuarantin yang ketat.

Sebelum ini orang awam di Jepun melahirkan rasa kebimbangan sukan ini akan menjadi ‘super spread’ dengan penglibatan banyak negara.

Seiko Hashimoto

Namun Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo Seiko Hashimoto mengambil peduli dengan kebimbangan yang dilahirkan itu.

“Penganjur perlu mencuba untuk memastikan orang ramai akan faham bahawa sukan ini adalah selamat,” jelasnya pada Sabtu.

Perkampungan Atlet itu bakal dihuni 11,000 orang atlet yang kebanyakannya sudah mula tiba di Tokyo menjelang pembukaan rasmi pada 23 Julai ini sehingga 8 Ogos.

Semua atlet perlu masuk ke Perkampungan Atlet lima hari sebelum acara masing-masing bermula.

Semua atlet yang terlibat hanya boleh memasuki Perkampungan Atlet ini lima hari sebelum acara masing-masing bermula dan perlu meninggalkan tempat ini dengan segera sebaik sahaja acara berakhir.

Malah atlet-atlet juga tidak dibenarkan menyanyi atau bersorak di kawasan Perkampungan Atlet dan pemakaian pelitup muka adalah wajib sepanjang masa.

Semua atlet juga diarahkan untuk makan seorang diri, menjaga penjarakan sosial dan mengelap meja selepas makan bagi menghindari penularan virus.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: