
PASUKAN bola sepak Olimpik Jerman meninggalkan padang sebelum perlawanan ujian bertemu Honduras berakhir selepas Jordan Torunarigha berdepan dengan penghinaan rasis.
Pasukan Jerman memuat naik status di laman Twitternya mengesahkan insiden tersebut.
“Perlawanan berakhir lima minit lebih awal ketika kedudukan 1-1. Pemain-pemain Jerman meninggalkan padang selepas berlaku rasis terhadap Jordan Torunarigha.”
Manakala Persatuan Bola Sepak Honduras berkata di Twitter mereka: “Perlawanan tamat pada minit ke-87 kerana pemain Jerman dikatakan menerima penghinaan rasis daripada pasukan Honduras. Berikutan masalah ini, Persatuan Bola Sepak Honduras mengatakan ada situasi salah faham ketika di padang.”
💬 Stefan #Kuntz: “When one of our players is racially abused, playing on is not an option.”#WirfuerD #GERHON pic.twitter.com/nQBfmZf4To
— Germany (@DFB_Team_EN) July 17, 2021
Namun jurulatih Jerman, Stefan Kuntz berkata, jika pemainya menerima penghinaan rasis ini, ia bukan pilihan untuk terus bermain.
“Ia sangat sukar untuk mendapatkannya. Dia sangat sedih kerana hinaan berterusan kepadanya. Bagi kami ia sangat jelas, ia melanggar nilai dan kami tidak boleh bertolak ansur. Kami akan melindungi pemain sepenuhnya.
“Selepas keadaan semuanya tenang, pasukan Honduras datang kepada kami dan meminta maaf. Bagi kami, ia telah selesai.”

Sementara itu, Hertha Berlin memberi respon terhadap situasi yang dihadapi pemainnya itu.
“Itu adalah keputusan yang tepat!”.
Torunarigha,23, merupakan pemain pertahanan yang beraksi bersama kelab Hertha Berlin di Bundesliga.
Perlawanan ujian itu berlangsung di Wakayama bagi persiapan akhir Jerman menjelang perlawanan bertemu Brazil di Yokohama pada Khamis ini.
Mereka juga bakal berdepan dengan Arab Saudi (25 Julai) dan Ivory Coast pada 28 Julai ini bagi saingan Kumpulan D.









Add Comment