
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memuji semangat dan keazaman yang ditunjukkan lapan pemain badminton yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik, Tokyo.
Norza menjelaskan cabaran yang dilalui kesemua pemain ini sangat kental dan tidak berputus asa berusaha menghadapi cabaran sepanjang sesi kelayakan ke Olimpik biarpun berdepan dengan pandemik global, Covid-19.
Kesemua pemain yang kini menjalani siri latihan fasa akhir secara gelembung sukan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
TAN SRI DATO’ SRI NORZA PROUD OF PLAYERS’ SPIRIT AHEAD OF TOKYO 2020
BAM President, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria praised the spirit and determination exhibited by the eight national players ahead of their battle at the Tokyo Olympics 2020. pic.twitter.com/SN7DKCXiWi
— BAM (@BA_Malaysia) July 17, 2021
“Kami menyedari kombinasi pemain senior dan junior melengkapkan dan bermanfaat antara satu sama lain. Mereka bukan pemain BAM atau profesional, tetapi adalah pasukan Malaysia, semua menjalani latihan di bawah satu bumbung.
“Saya sangat berbangga dengan semangat dan keazaman yang mereka tunjukkan. Saya yakin kesukaran yang mereka lalui sebelum ini membuatkan semuanya sangat bersedia menghadapi Tokyo 2020,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi BAM pada Sabtu.
Tambah beliau, biarpun Lee Zii Jia akan membuat penampilan pertama di pentas Sukan Olimpik namun pemain perseorangan itu dilihat mampu menguruskan tekanan dan fokus untuk memberi persembahan yang mantap di Tokyo.
“Zii Jia menghadapi pelbagai masalah ketika Terbuka Thailand dan dia menyedarinya.
“Saya rasa dia mampu mengatasi tekanan dan cabaran yang dihadapinya. Selepas aksi All England, saya tahu dia kini sudah bersedia dan telah merumuskan rancangan untuk menghadapi Tokyo 2020,” jelasnya yang membuat lawatan sesi latihan di ABM pada Sabtu.

Pada sesi pertemuan tertutup dan mengikuti prosedur SOP ketat itu, Norza turut memberi kata-kata semangat kepada semua pemain untuk terus fokus pada Sukan Olimpik di Tokyo ini.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal membuka tirainya pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.





Add Comment