Olimpik 2020

Tiada adegan salam, peluk… pemenang perlu pakai medal sendiri


PEMENANG-pemenang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menyarung medal sendiri ke leher bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata: “Medal akan diletakkan di atas dulang dan diserahkan kepada atlet, kemudian atlet akan mengambilnya sendiri.”

Jelas Bach, pendekatan yang dibuat ini merupakan langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19 selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga.

Bach dan Suga (kanan) mengadakan pertemuan membincangkan keselamatan sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

Malah tidak ada juga sesi berjabat tangan atau peluk ketika majlis penyampaian medal.

Jepun mengambil langkah dan peraturan ketat berkaitan keselamatan Covid-19 selepas menyaksikan peningkatan kepada 1,149 pada Rabu lalu. Ia merupakan angka yang tinggi selepas 22 Januari (1184 kes).

Bach dan Saga berikrar memastikan Sukan Olimpik ini tidak bertukar kepada ‘Covid super spreader’.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading