Olimpik 2020

SOP di KLIA lebih ketat untuk atlet Olimpik 2020


Reezal mengadakan sesi tinjauan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA).

PROSEDUR operasi standart (SOP) yang ketat akan dilaksanakan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan keselamatan kontinjen negara yang berlepas ke Olimpik Tokyo berada pada tahap terbaik berikutan wabak Covid-19.

Penekanan ini termasuklah mengambil  kira pelbagai aspek bermula dari ketibaan sehinggalah persiapan di dalam kabin.  

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah tersebut merupakan  sebahagian daripada usaha KBS bersama pihak MAG dalam memastikan  keselamatan para atlet negara sentiasa di tahap terbaik khususnya daripada wabak  COVID-19.

“Usaha ini juga merupakan kesinambungan SOP gelembung sukan yang sedang  dilalui oleh para atlet sepanjang tempoh latihan sejak tahun lalu.  

“Pelaksanaan SOP yang dikendalikan oleh MAG di KLIA  adalah berjaya dengan kerjasama yang komprehensif pelbagai agensi seperti  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara  (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang sekaligus memberikan keyakinan kepada penumpang yang tiba di  Malaysia dan juga kepada pihak Kerajaan,” ujarnya.

Izham (kiri) menerangkan protokl keselamatan yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi tinjauan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) bagi melihat persiapan Malaysia Aviation Group (MAG) yang membawa atlet  negara ke Tokyo bagi temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung bermula 23  Julai hingga 8 Ogos nanti.  

Pada sesi berkenaan, Reezal diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Izham Ismail mengenai protokol  keselamatan serta dibawa meninjau proses gelembung selamat tersebut dijalankan.

Kumpulan pertama atlet telah pun berlepas ke Jepun pada 8 Julai 2021 lalu yang mengikuti protokol keselamatan yang sama. Ia akan diikuti oleh kumpulan kedua  pada 17 Julai 2021 dan seterusnya pada 25 Julai 2021. 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading